Pages

14 June 2016

MAJLIS MAKAN MALAM DAN APRESIASI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA PEMBANGUNAN MANUSIA (DPM)

Majlis Makan Malam dan Apresiasi Pelajar Program Diploma Pembangunan Manusia (DPM) telah diadakan pada 23 April 2016 (Sabtu) di Kelab Komuniti Cyberjaya. Program ini bertemakan Arabian Night dan telah dianjurkan oleh pelajar Semester 3 program DPM yang bertindak selaku jawatankuasa pengelola. Pengarah bagi program ini ialah saudari Nur Syuhadah Romzi.

Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai dan meraikan pelajar semester akhir program DPM yang akan menamatkan pengajian dan bergelar graduan setelah 6 semester mengikuti pengajian di KTT.