Pages

14 June 2016

AUDIT SIRIM (9-11 MEI 2016)


Sesi Audit SIRIM 9001:2008 bagi pensijilan semula telah diadakan di KTT pada 9 Mei 2016 sehingga 11 Mei 2016. Dua Auditor SIRIM telah hadir menjlankan sesi pengauditan iaitu diketuai oleh En Azhar bin Abd Karim dan  auditor, En Muhammad Fadhlullah bin Rahmat.



Sesi audit bersama En Muhammad Fadhlullah

Sesi audit bersama En Azhar
Laporan oleh :
Unit Audit Dalam KTT

BENGKEL BAGI KURSUS MANUFACTURING PROCESS (PROGRAM DDPG)

Pelajar Program Diploma Pengurusan Teknologi DDPG, bukan sahaja di dedahkan dengan pengurusan teknologi yang digunakan di dalam  pejabat (seperti komputer, pemasaran, tabiat organisasi dan lain-lain) tetapi juga di bidang industri.

Pada semester 4, pelajar-pelajar DDPG di KTT menjalani bengkel bagi satu kursus Manufacturing Process. Bengkel ini mengaplikasikan pelajaran yang mereka pelajari di dalam kelas







MODERATION DAY 5 MAC 2016

Sesi Pembentangan hasil rekaan pelajar.


Hasil rekaan pelajar setiap semester akan dinilai oleh wakil pensyarah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM Shah Alam.  Ini adalah untuk memastikan semua hasil rekaan pelajar-pelajar adalah menepati kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti,  Selain wakil pensyarah yang berpengalaman didalam bidang rekaan fesyen ini, semua pensyarah daripada Program Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), Kolej Teknologi Timur juga menjadi panel penilai bagi semua hasil rekaan pelajar-pelajar ini.


Pelajar Saudari Sabrina Kamaruddin sedang memberikan penerangan hasil rekaan beliau.

Hasil pelajar saudari Putri Nur Aminah Hassan.

Antara pelajar yang membentangkan hasil rekana mereka.


Rubrik pemarkahan pelajar adalah mengikut kualiti yang telah ditetapkan di dalam silibus pengajaran yang diguna pakai ketika mengajar kursus-kursus berkaitan rekaan fesyen ini.  Ini adalah untuk memastikan kualiti hasil pelajar di Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah setara kualitinya dengan kampus cawangan UiTM.

Oleh itu, tiada keraguan lagi untuk anda sama-sama menyertai pengajian Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM di Kolej Teknologi Timur,  Kami mempunyai kualiti penilaian pelajar yang sama seperti kampus induk UiTM.

Moderator daripada Fakulti FSSR, UiTM YBhg. Dr. Saemah Yusuf,





Latihan Pembangunan Pelajar dan Kemahiran Pelajar (LPPKP) Program usahasama UiTM

Latihan Pembangunan Pelajar dan Kemahuiran Pelajar atau lebih dikenali sebagai LPPKP merupakan satu modul wajib bagi semua pelajar yang mengikuti program UiTM. Modul ini banyak mengajar tentang jati diri pelajar, akhlak dan kemahiran hidup selepas pelajar menamatkan pengajian.





MAJLIS MAKAN MALAM DAN APRESIASI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA PEMBANGUNAN MANUSIA (DPM)

Majlis Makan Malam dan Apresiasi Pelajar Program Diploma Pembangunan Manusia (DPM) telah diadakan pada 23 April 2016 (Sabtu) di Kelab Komuniti Cyberjaya. Program ini bertemakan Arabian Night dan telah dianjurkan oleh pelajar Semester 3 program DPM yang bertindak selaku jawatankuasa pengelola. Pengarah bagi program ini ialah saudari Nur Syuhadah Romzi.

Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai dan meraikan pelajar semester akhir program DPM yang akan menamatkan pengajian dan bergelar graduan setelah 6 semester mengikuti pengajian di KTT.