Pages

14 June 2016

MODERATION DAY 5 MAC 2016

Sesi Pembentangan hasil rekaan pelajar.


Hasil rekaan pelajar setiap semester akan dinilai oleh wakil pensyarah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM Shah Alam.  Ini adalah untuk memastikan semua hasil rekaan pelajar-pelajar adalah menepati kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti,  Selain wakil pensyarah yang berpengalaman didalam bidang rekaan fesyen ini, semua pensyarah daripada Program Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), Kolej Teknologi Timur juga menjadi panel penilai bagi semua hasil rekaan pelajar-pelajar ini.


Pelajar Saudari Sabrina Kamaruddin sedang memberikan penerangan hasil rekaan beliau.

Hasil pelajar saudari Putri Nur Aminah Hassan.

Antara pelajar yang membentangkan hasil rekana mereka.


Rubrik pemarkahan pelajar adalah mengikut kualiti yang telah ditetapkan di dalam silibus pengajaran yang diguna pakai ketika mengajar kursus-kursus berkaitan rekaan fesyen ini.  Ini adalah untuk memastikan kualiti hasil pelajar di Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah setara kualitinya dengan kampus cawangan UiTM.

Oleh itu, tiada keraguan lagi untuk anda sama-sama menyertai pengajian Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM di Kolej Teknologi Timur,  Kami mempunyai kualiti penilaian pelajar yang sama seperti kampus induk UiTM.

Moderator daripada Fakulti FSSR, UiTM YBhg. Dr. Saemah Yusuf,