Pages

Showing posts with label HALATUJU SELEPAS SPM. Show all posts
Showing posts with label HALATUJU SELEPAS SPM. Show all posts

14 June 2016

APA ALTERNATIF JIKA SAYA TIDAK DAPAT TAWARAN UPU?

Bertemu lagi. Semoga anda semua dalam suasana ceria sentiasa. 

"Sedih saya gagal dapat tawaran UPU?"
"Masa depan saya gelap sebab tak dapat tawaran UPU"
"Masih ada peluang tak untuk saya masuk IPTA?"

Itu antara pertanyaan dan keluhan yang biasa saya dengar dari pelajar-pelajar yang gagal dapat tawaran UPU. 

Anda tentu tidak mahu menyesal tidak ada pelajaran bila sudah tua? So apa alternatif yang ada?

Sebenarnya banyak alternatif yang ditawarkan. Hanya anda yang perlu bijak memilih. Cuma jangan tersalah pilih.

Antara alternatif yang boleh anda pertimbangankan?
  • Program kerjasama diploma UiTM, UPM dan UTM
  • Program diploma di kolej-kolej swasta (IPTS) seperti KTT
  • Program Foundation(Matrikulasi) bagi yang ingin terus sambung ke peringkat degree
  • Tingkatan 6 (STPM)


APA MAKSUD PROGRAM KERJASAMA UiTM, UPM DAN UTM?


Nantikan jawapannya di post saya yang akan datang.

Semoga ketemu lagi.

Mohd Razib Muzaid
Pengalaman mengajar Matematik melebihi 23 tahun.

Sila lawat FB KTT :KTT(Kolej Teknologi Timur)

Untuk maklumat lanjut sila daftar di borang online KTT:
http://ktt2.edu.my/forms/pj/daftarspp.php


JANGAN KECEWA. PELUANG MASIH ADA








KENAPA SAYA TIDAK DAPAT TAWARAN UPU?

Salam semua...selamat berjumpa lagi.

KEMUNGKINAN 1

Anda mungkin layak tetapi tempat yang disediakan amat terhad. Tahukah anda bilangan calon SPM setiap tahun hampir 450,000. Tetapi bilangan tempat yang mampu disediakan oleh universiti-universiti awam, pusat-pusat matrikulasi, politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti hanyalah 30 peratus sahaja daripada keseluruhan calon SPM. Anda mungkin dalam kelompok 70 peratus yang tidak dapat tempat.

KEMUNGKINAN 2 

Anda memilih program-program yang kompetitif (popular). Bila terlalu ramai yang memohon, pemilihan lebih 'ketat', di mana hanya pelajar yang mempunyai merit yang tertinggi diberikan tempat.
Dalam bahasa ekonomi "permintaan (anda) melebihi penawaran (tempat)"

APA ALTERNATIF JIKA SAYA TIDAK DAPAT TAWARAN UPU?

Nantikan jawapannya di post saya yang akan datang.

Semoga ketemu lagi.

Mohd Razib Muzaid
Pengalaman mengajar Matematik melebihi 23 tahun.

Sila lawat FB KTT :KTT(Kolej Teknologi Timur)

Untuk maklumat lanjut sila daftar di borang online KTT:
http://ktt2.edu.my/forms/pj/daftarspp.php


PROGRAM DIPLOMA UPM




HALATUJU SELEPAS SPM

HALATUJU SELEPAS SPM

Tahniah kepada anda yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2015 yang lalu. Bagi yang kurang bernasib baik, "it's not the end of the world". Masih banyak lagi peluang-peluang yang disediakan oleh institut pengajian tinggi (IPT). 

Bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang banyak peluang-peluang belajar yang disediakan melalui program-program Matrikulasi/Asasi. Dari segi tajaan tidak menjadi masalah, di mana banyak tajaan dalam bentuk biasiswa yang disediakan oleh pihak Kerajaan, Government Link Company (GLC) mahupun pihak swasta. 

Baiklah, saya ingin memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang atau bahasa mudahnya cukup makan. Untuk makluman semua, sistem pendidikan di Malaysia, pelajar-pelajar lepasan SPM tidak boleh terus melanjutlkan pengajian di peringkat Ijazah pertama (Degree). Justeru itu anda perlu membina jambatan untuk sambung ke peringkat degree. Jambatan itu ialah program

  • Matrikulasi/Asasi 
  • Tingkatan 6 (STPM)
  • Foundation/ A Level/ IB/ pre university programmes
  • Diploma
Kaedah permohonan yang paling biasa dan mudah untuk memohon program-program di atas ialah melalui Unit Pusat Universiti (UPU). Tetapi pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, di mana ianya adalah keperluan minimum untuk layak memohon. TETAPI ANDA BELUM PASTI TERPILIH. KENAPA?

Ini kerana kaedah pemilihan adalah berdasarkan merit, iaitu 90% diambil dari keputusan akademik dan 10% dari penglibatan ko-kurikulum. Daripada markah tersebut, setiap pilihan anda akan diberikan merit. Anda akan ditawarkan tempat jika pilihan anda mendapat merit yang tinggi.

KENAPA SAYA TIDAK DAPAT TAWARAN UPU?

Nantikan jawapannya di post saya yang akan datang.

Semoga ketemu lagi.

Mohd Razib Muzaid
Pengalaman mengajar Matematik melebihi 23 tahun.

Sila lawat FB KTT :KTT(Kolej Teknologi Timur)

Untuk maklumat lanjut sila daftar di borang online KTT:
http://ktt2.edu.my/forms/pj/daftarspp.php



PROGRAM DIPLOMA UiTM, UPM DAN UTM