Pages

Showing posts with label Diploma Fashion Show (Diploma Seni Reka dan Seni Lukis (Seni Reka Fesyen). Show all posts
Showing posts with label Diploma Fashion Show (Diploma Seni Reka dan Seni Lukis (Seni Reka Fesyen). Show all posts

14 June 2016

MODERATION DAY 5 MAC 2016

Sesi Pembentangan hasil rekaan pelajar.


Hasil rekaan pelajar setiap semester akan dinilai oleh wakil pensyarah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM Shah Alam.  Ini adalah untuk memastikan semua hasil rekaan pelajar-pelajar adalah menepati kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti,  Selain wakil pensyarah yang berpengalaman didalam bidang rekaan fesyen ini, semua pensyarah daripada Program Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), Kolej Teknologi Timur juga menjadi panel penilai bagi semua hasil rekaan pelajar-pelajar ini.


Pelajar Saudari Sabrina Kamaruddin sedang memberikan penerangan hasil rekaan beliau.

Hasil pelajar saudari Putri Nur Aminah Hassan.

Antara pelajar yang membentangkan hasil rekana mereka.


Rubrik pemarkahan pelajar adalah mengikut kualiti yang telah ditetapkan di dalam silibus pengajaran yang diguna pakai ketika mengajar kursus-kursus berkaitan rekaan fesyen ini.  Ini adalah untuk memastikan kualiti hasil pelajar di Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah setara kualitinya dengan kampus cawangan UiTM.

Oleh itu, tiada keraguan lagi untuk anda sama-sama menyertai pengajian Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM di Kolej Teknologi Timur,  Kami mempunyai kualiti penilaian pelajar yang sama seperti kampus induk UiTM.

Moderator daripada Fakulti FSSR, UiTM YBhg. Dr. Saemah Yusuf,





DIPLOMA FASHION SHOW APRIL 2016

Diploma Seni Reka dan Seni Lukis (Seni Reka Fesyen) telah menganjurkan pertunjukan fesyen pada 16 April 2016 yang lalu di Putra Garden, Nilai.


Hasil rekaan pelajar Saudari Nur  Nabilah.


Pemenang Anugerah Koleksi Terbaik pelajar Saudari Sabrina Kamaaruddin.



Seramai 6 orang pelajar tahun akhir, telah memperagakan tiga (3) hasil rekaan masing-masing.  Majlis ini turut di rasmikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Pentadbiran IneD UiTM Shah Alam.

Hasil rekaan pelajar Saudara Ahmad Aminuddin Zakaria.
Hasil rekaan pelajar semester 4 Diploma Seni Reka Fesyen.



Turut hadir memeriahkan majlis pertunjukan fesyen ini adalah Puan Rozila Abu Bakar, Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP), KTT, Puan Halimahtun Saediah Abu Bakar, Ketua Program Usahasama UiTM Kolej Teknologi Timur, Puan Erna Fidayu Rahim, Koordinator Program Diploma Seni Reka Fesyen, Program Usahasama UiTM, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang Johor, pelajar-pelajar kolej dan orang-orang sekitar Nilai.