Pages

Showing posts with label kolej teknologi timur. Show all posts
Showing posts with label kolej teknologi timur. Show all posts

14 June 2016

FAMILY DAY A-LEVEL/FIS - A FAMOSA WORLD RESORT

A-LEVEL/FIS FAMILY DAY - A-FAMOSA RESORT MELAKA
23 JANUARI 2016

IT WAS FUN!!!









MARINE EDUCATIONAL CAMP - EKSPLORASI PULAU PERHENTIAN

Marine Educational Camp -Ekplorasi Pulau anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Sepang dengan kerjasama Tourism Malaysia telah diadakan selama 5 hari 4 malam di Pulau Perhentian, Terengganu iaitu pada 14 - 18 April 2016. Program ini melibatkan 40 belia-belia di sekitar daerah Sepang ini, termasuk 10 pelajar KTT pelbagai program. Di antara objektifnya adalah memberi kesedaran kepada warga belia akan pentingnya memelihara hidupan air dan usaha bagi memulihkan persekitaran perairan Malaysia khasnya.


Peserta daripada KTT


Aktiviti membersihkan persekitaran pantai

Peserta program bersama pegawai Pejabat Belia daerah Sepang 


Aktiviti 'snorkelling' bersama pelatih


Dilaporkan oleh :
Sektor Hal Ehwal Pelajar KTT

Aktiviti Pelajar Dalam Kelas Bagi Program Diploma Pendidikan Awal & Penjagaan Kanak-Kanak (ECCE)

Jom Naik Bus ECCE!!!

Program Diploma Pendidikan Awal & Penjagaan Kanak-Kanak (ECCE) menyediakan pembelajaran secara Teori dan Amali bagi melahirkan Graduan berdaya saing.

BERMINAT???

Isi Pendaftaran Secara Online Disini

MAJLIS PENUTUP FESIVAL SENI KTT 2016

Majlis Penutup Festival Seni KTT 2016 telah berlangsung pada 11 March 2016 yang lalu. FESNI KTT 2016 mengangkat tema "Mengenang Lagenda, Mengembalikan Nostalgia". Pelbagai pertandingan seni dipertandingkan, antaranya Tarian Tradisional, Tarian Moden, Dikir Barat, Nyanyian Solo, Nyanyian Duet, Nyayian Irama Malaysia dan Boria. 4 Kontigen yang telah mengambil bahagian ialah GREEN ARMY, YELLOW TITAN, BLUE PIRATE dan CRIMSON ARMY.

PERSEMBAHAN PEMBUKAAN 
TARIAN MODEN KONTIGEN YELLOW TITAN
DIKIR BARAT GREEN ARMY
TARIAN TRADISIONAL CRIMSON ARMY
TOK JOGHO GREEN ARMY
BARISAN JURI

Oleh,
Mantan USP

KTT @ ROYAL FLORIA PUTRAJAYA 2016

Putrajaya Floria or the Royal Floria Putrajaya 2016 to be exact, is Malaysia's leading annual flower and garden festival and is taking place again this year over 9 days from 27th May - 4th June 2016.

This annual flower show gets bigger and better every year and was last year given the added title of 'Royal' to reflect its growing prestige. This garden festival is the top event in Putrajaya's busy calendar and over 1,000,000 people attended last year's Floria 2015 which featured 61 showcase garden lots with 43 international participants from 23 countries.

The theme this year is Magical World of FLORIA and, using state-of-the-art technology from Europe such as 3D hologram displays and magic mirroring, Magical Gardens will feature a Mystical Forest, Chrysanthemum Garden, Mermaid's World and Candy Courtyard. The theme flower is the Chrysanthemum.



KTT  manage to be top 15 in University Garden Competition, Top 10 in University Poster Competition and also Top 5 in Desk Art Work Competition.





University Garden Competition : Dream Warden Garden

Poster : The Rebirth of Nature

Desk Art Work : Techno Fleur 


Report by :
Student Affairs Sector

KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR (KTT)


                
                          
                    Kolej Teknologi Timur (KTT)
               Sebuah Pusat Pembelajaran Yang Tepat Bagi Mengembangkan Pengetahuan Dan Kepakaran Kemahiran


Ketua Eksekutif KTT
Datin Seri Datuk Hajah Norayini Bt Ali


Daftar Disini Bagi Yang Berminat Sertai Kami
https://docs.google.com/forms/d/1ru8JYcQu6Tv14VdXq7GDSur1t0DG_49WfrXWtXxL3KE/viewform?c=0&w=1

SUKOB 2016 - MEMPERKASAKAN HUBUNGAN ANTARA KKB

Pada 13 - 16 Mei 2016 yang lalu, Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara telah menganjurkan Sukan Kolej-kolej Bersekutu UiTM ( SUKOB) 2016 bertempat di Arau, Perlis.

Kolej Teknologi Timur bersama tujuh (7) kolej bersekutu yang lain telah bersama-sama menyertai acara yang diadakan secara dwi-tahunan ini. Antara pertandingan yang diadakan termasuklah badminton, futsal, bola jaring, bola tampar dan bola sepak.

Kontigen Kolej Teknologi Timur
Keseluruhannya, Kolej Teknologi Timur telah meraih tempat ke-empat dengan memenangi pingat emas dalam acara badminton perseorangan perempuan, pingat perak dalam acara futsal wanita dan pingat gangsa dalam acara bola jaring, bola tampar dan bola sepak. Majlis perasmian penutup dihadiri oleh Naib Canselor UiTM sendiri Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Pasukan Futsal Wanita Kolej Teknologi Timur (hijau) bersama pasukan futsal wanita KPTM Bangi (hitam)

10 September 2015

CERAMAH PERDANA "Zina : Suka Membawa Duka"


Sebuah Program Ceramah Perdana telah berlangsung pada hari Rabu bersamaan 9 September 2015 bertempat di Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi. Ceramah yang bertajuk "Zina: Suka Membawa Duka" ini merupakan ceramah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dengan kerjasama Kolej Teknologi Timur. Ceramah telah di sampaikan oleh Kapt (B) Ustaz Dato' Haji Mohd Najmuddin Bin Elias yang sebenarnya menggantikan adik beliau iaitu Datuk Ustaz Kazim Bin Elias kerana terdapat hal yang tidak dapat di elakkan.

Ceramah perdana ini telah di hadiri hampir keseluruhan warga KTT iaitu pelajar dan staff termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan sekitar. Sambutan amat menggalakkan kerana kerusi yang di sediakan penuh kemudian di tambah dengan tikar sebagai tempat duduk tambahan.

Ceramah yang bermula pada jam 2.00 petang ini berakhir pada jam 4.00 petang dan jamuan ringan di sediakan kepada semua tetamu yang hadir. Syabas di ucapkan kepada PAID dan KTT kerana telah menyediakan perkhidmatan yang terbaik sepanjang program berlangsung.

Program di adakan di Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi

Datuk CEO dan Timbalan CEO bergambar bersama penceramah dan pengarah PAID.
Antara para hadirin yang hadir





20 July 2013

GRADUATION DINNER CLASS OF MAY 2013


Graduation Dinner Class of May 2013 was held at Hotel Nilai Spring on May 2013. The best student for overall diploma program was Mohamad Hakim Bin Mohd Som. Congratulation Hakim! All the students had a memorable day. Wishing the students to achieve their dreams in the future.

KTT TERPILIH SEBAGAI KOLEJ BURSARY KPM BAGI PROGRAM CAMBRIDGE A-LEVEL


Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang. 

Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM.

Kolej Teknologi Timur (KTT) merupakan salah sebuah kolej yang terpilih sebagai sebagai Kolej Bursary bagi program Cambridge A Level.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pn Rozila  - 017-6285949     Pn Salina - 013-3466042
Pn Prema - 012-9809875     En Razib  - 012-3620125

01 September 2011

ARWAH AYAH PENDORONG KEJAYAAN SAYA DI KTT!


Pelajar Diploma Teknologi Maklumat Kolej Teknologi Timur (KTT) pengambilan 2008, Nur Hidayah Binti Omar Sidek (21 tahun) di nobatkan Anugerah Terbaik Keseluruhan Program pada Majlis Konvokesyen ke-9 KTT dengan pencapaian CGPA keseluruhan 3.83.

“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, malah untuk arwah saya juga (Omar Sidek) kerana pada saat beliau masih ada, tak jemu-jemu mengajar saya dan berharap saya berjaya menamatkan pelajaran di KTT.

“Saya masih ingat waktu pertama kali menjejaki KTT, dia yang bersusah payah mencari wang untuk menghantar saya ke sini dan ingin melihat saya menjadi pelajar terbaik KTT. Dia juga menyimpan hasrat untuk melihat saya berdiri di pentas konvokesyen ini.

“Tapi itu semua impian dua tahun lepas sebelum dia meninggal dunia. Ketika dia meninggal dunia, saya seperti putus harapan dan seperti tidak mahu lagi belajar di KTT. Tapi disebabkan dia pernah berpesan untuk saya menamatkan pelajaran disini dalam apa jua keadaan, saya kuatkan semangat untuk terus berjuang di KTT.

“Nasib saya baik, kerana kakitangan KTT dan pensyarah-pensyarah banyak menenangkan saya. Mereka banyak memberi bimbingan pada saya sehingga saya berjaya hari ini. Saya sangat berterima kasih kepada pihak KTT kerana merealisasikan impian saya dan arwah saya. Bagi saya KTT adalah tempat terbaik untuk sesiapa yang ingin belajar dan mencapai impian,” cerita anak gadis yang berasal dari Gombak Selangor ini. -KTT-