Pages

14 June 2016

AUDIT SIRIM (9-11 MEI 2016)


Sesi Audit SIRIM 9001:2008 bagi pensijilan semula telah diadakan di KTT pada 9 Mei 2016 sehingga 11 Mei 2016. Dua Auditor SIRIM telah hadir menjlankan sesi pengauditan iaitu diketuai oleh En Azhar bin Abd Karim dan  auditor, En Muhammad Fadhlullah bin Rahmat.



Sesi audit bersama En Muhammad Fadhlullah

Sesi audit bersama En Azhar
Laporan oleh :
Unit Audit Dalam KTT

BENGKEL BAGI KURSUS MANUFACTURING PROCESS (PROGRAM DDPG)

Pelajar Program Diploma Pengurusan Teknologi DDPG, bukan sahaja di dedahkan dengan pengurusan teknologi yang digunakan di dalam  pejabat (seperti komputer, pemasaran, tabiat organisasi dan lain-lain) tetapi juga di bidang industri.

Pada semester 4, pelajar-pelajar DDPG di KTT menjalani bengkel bagi satu kursus Manufacturing Process. Bengkel ini mengaplikasikan pelajaran yang mereka pelajari di dalam kelas







MODERATION DAY 5 MAC 2016

Sesi Pembentangan hasil rekaan pelajar.


Hasil rekaan pelajar setiap semester akan dinilai oleh wakil pensyarah daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM Shah Alam.  Ini adalah untuk memastikan semua hasil rekaan pelajar-pelajar adalah menepati kualiti yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti,  Selain wakil pensyarah yang berpengalaman didalam bidang rekaan fesyen ini, semua pensyarah daripada Program Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), Kolej Teknologi Timur juga menjadi panel penilai bagi semua hasil rekaan pelajar-pelajar ini.


Pelajar Saudari Sabrina Kamaruddin sedang memberikan penerangan hasil rekaan beliau.

Hasil pelajar saudari Putri Nur Aminah Hassan.

Antara pelajar yang membentangkan hasil rekana mereka.


Rubrik pemarkahan pelajar adalah mengikut kualiti yang telah ditetapkan di dalam silibus pengajaran yang diguna pakai ketika mengajar kursus-kursus berkaitan rekaan fesyen ini.  Ini adalah untuk memastikan kualiti hasil pelajar di Kolej-kolej Bersekutu UiTM adalah setara kualitinya dengan kampus cawangan UiTM.

Oleh itu, tiada keraguan lagi untuk anda sama-sama menyertai pengajian Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen), UiTM di Kolej Teknologi Timur,  Kami mempunyai kualiti penilaian pelajar yang sama seperti kampus induk UiTM.

Moderator daripada Fakulti FSSR, UiTM YBhg. Dr. Saemah Yusuf,





Latihan Pembangunan Pelajar dan Kemahiran Pelajar (LPPKP) Program usahasama UiTM

Latihan Pembangunan Pelajar dan Kemahuiran Pelajar atau lebih dikenali sebagai LPPKP merupakan satu modul wajib bagi semua pelajar yang mengikuti program UiTM. Modul ini banyak mengajar tentang jati diri pelajar, akhlak dan kemahiran hidup selepas pelajar menamatkan pengajian.





MAJLIS MAKAN MALAM DAN APRESIASI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA PEMBANGUNAN MANUSIA (DPM)

Majlis Makan Malam dan Apresiasi Pelajar Program Diploma Pembangunan Manusia (DPM) telah diadakan pada 23 April 2016 (Sabtu) di Kelab Komuniti Cyberjaya. Program ini bertemakan Arabian Night dan telah dianjurkan oleh pelajar Semester 3 program DPM yang bertindak selaku jawatankuasa pengelola. Pengarah bagi program ini ialah saudari Nur Syuhadah Romzi.

Majlis ini diadakan adalah untuk menghargai dan meraikan pelajar semester akhir program DPM yang akan menamatkan pengajian dan bergelar graduan setelah 6 semester mengikuti pengajian di KTT.



FAMILY DAY A-LEVEL/FIS - A FAMOSA WORLD RESORT

A-LEVEL/FIS FAMILY DAY - A-FAMOSA RESORT MELAKA
23 JANUARI 2016

IT WAS FUN!!!









KESATRIA NEGARA 2016

Kesatria Negara merupakan modul wajib bagi pelajar-pelajar semester satu yang mengikuti Program Usahasama UiTM.





MARINE EDUCATIONAL CAMP - EKSPLORASI PULAU PERHENTIAN

Marine Educational Camp -Ekplorasi Pulau anjuran Pejabat Belia dan Sukan daerah Sepang dengan kerjasama Tourism Malaysia telah diadakan selama 5 hari 4 malam di Pulau Perhentian, Terengganu iaitu pada 14 - 18 April 2016. Program ini melibatkan 40 belia-belia di sekitar daerah Sepang ini, termasuk 10 pelajar KTT pelbagai program. Di antara objektifnya adalah memberi kesedaran kepada warga belia akan pentingnya memelihara hidupan air dan usaha bagi memulihkan persekitaran perairan Malaysia khasnya.


Peserta daripada KTT


Aktiviti membersihkan persekitaran pantai

Peserta program bersama pegawai Pejabat Belia daerah Sepang 


Aktiviti 'snorkelling' bersama pelatih


Dilaporkan oleh :
Sektor Hal Ehwal Pelajar KTT

Family day Internal Program

Pada 16 April, telah diadakan family day bagi internal program di Lost World of Tambun. Aktiviti ini dianjurkan oleh Badan perwakilan Pelajar Program Dalaman. Ia melibatkan seramai 44 orang pelajar dan di iringi oleh 5 orang pensyarah.






Aktiviti family day akan di adakan pada setiap semester. So, pada semester akan datang, kemana pulak kita?? Emm
APA ALTERNATIF JIKA SAYA TIDAK DAPAT TAWARAN UPU?

Bertemu lagi. Semoga anda semua dalam suasana ceria sentiasa. 

"Sedih saya gagal dapat tawaran UPU?"
"Masa depan saya gelap sebab tak dapat tawaran UPU"
"Masih ada peluang tak untuk saya masuk IPTA?"

Itu antara pertanyaan dan keluhan yang biasa saya dengar dari pelajar-pelajar yang gagal dapat tawaran UPU. 

Anda tentu tidak mahu menyesal tidak ada pelajaran bila sudah tua? So apa alternatif yang ada?

Sebenarnya banyak alternatif yang ditawarkan. Hanya anda yang perlu bijak memilih. Cuma jangan tersalah pilih.

Antara alternatif yang boleh anda pertimbangankan?
  • Program kerjasama diploma UiTM, UPM dan UTM
  • Program diploma di kolej-kolej swasta (IPTS) seperti KTT
  • Program Foundation(Matrikulasi) bagi yang ingin terus sambung ke peringkat degree
  • Tingkatan 6 (STPM)


APA MAKSUD PROGRAM KERJASAMA UiTM, UPM DAN UTM?


Nantikan jawapannya di post saya yang akan datang.

Semoga ketemu lagi.

Mohd Razib Muzaid
Pengalaman mengajar Matematik melebihi 23 tahun.

Sila lawat FB KTT :KTT(Kolej Teknologi Timur)

Untuk maklumat lanjut sila daftar di borang online KTT:
http://ktt2.edu.my/forms/pj/daftarspp.php


JANGAN KECEWA. PELUANG MASIH ADA








MAJLIS RESTU ILMU UiTM

Majlis restu ilmu program kerjasama UiTM telah diadakan pada 23 Mac 2016 bertempat di Dewan Utama Kolej Teknologi Timur. Objektif majlis ini adalah bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan akhir. Disanping itu program ini juga menyediakan pelajar dengan kekuatan mental dan rohani bagi persediaan menghadapi peperiksaan.





KERJA LAPANGAN PELAJAR DIPLOMA UKUR BAHAN (DDPQ)

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang semester bagi pelajar Diploma Ukur Bahan (DDPQ) adalah kerja lapangan bagi subjek DDPQ - 1162 - Engineering Survey. Pelajar diberikan pendedahan menggunakan peralatan mengukur seperti Theodolite, Prism, Stafft dan sebagainya.

Kerja lapangan ini telah dijalankan di tapak pembinaan bertempat di Sg.Buloh, Selangor.

Pelajar menggunakan peralatan ini dalam kaedah ukur tanah seperti kaedah  Terabas, Ukur Aras, Kontur dan bacaan Peta.

Pelajar menjalankan latihan ukur tanah dengan bantuan pengajar En. Amer

KERJA LAPANGAN PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH (DDPF)

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang semester bagi pelajar Diploma Pengurusan Harta Tanah (DDPF) adalah kerja lapangan bagi subjek DDPL 1723 - Land Information and Land Tenure. Pelajar diberikan pendedahan menggunakan peralatan mengukur seperti Theodolite, Prism, Stafft dan sebagainya.

Kerja lapangan ini telah dijalankan di Institut Ukur Tanah Negara (INSTUN), Behrang, Perak

Pelajar menggunakan peralatan ini dalam kaedah ukur tanah seperti kaedah  Terabas, Ukur Aras, Kontur dan bacaan Peta.

pelajar menjalankan kaedah ukur aras menggunakan peralatan ukur aras

pelajar bersama tenaga pengajar

INDUSTRIAL TALK - Working with media industry

Aktiviti pelajar  Diploma Komunikasi dan Media dari program usahasama UiTM

Pelajar semester 5 dan 6 diberi pendedahan mengenai aspek pengurusan acara secara praktikal.

Dengan jayanya mereka telah mengendalikan sesi Industrial Talk bersama tetamu jemputan iaitu En Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan nama Caprice dan Puan Maryam daripada Berita Publishing. 


Berminat untuk menyertai keluarga Diploma Komunikasi dan Media (Program Usahasama UiTM), sila hubungi

Puan Norfadhlina         -  013 - 3135219
En Hasrul Abdullah     -  017 - 282 5523