Diploma Seni Reka dan Seni Lukis (Seni Reka Fesyen) telah menganjurkan pertunjukan fesyen pada 16 April 2016 yang lalu di Putra Garden, Nilai.
|
Hasil rekaan pelajar Saudari Nur Nabilah. |
|
Pemenang Anugerah Koleksi Terbaik pelajar Saudari Sabrina Kamaaruddin. |
Seramai 6 orang pelajar tahun akhir, telah memperagakan tiga (3) hasil rekaan masing-masing. Majlis ini turut di rasmikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Pentadbiran IneD UiTM Shah Alam.
|
Hasil rekaan pelajar Saudara Ahmad Aminuddin Zakaria. |
|
Hasil rekaan pelajar semester 4 Diploma Seni Reka Fesyen. |
Turut hadir memeriahkan majlis pertunjukan fesyen ini adalah Puan Rozila Abu Bakar, Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP), KTT, Puan Halimahtun Saediah Abu Bakar, Ketua Program Usahasama UiTM Kolej Teknologi Timur, Puan Erna Fidayu Rahim, Koordinator Program Diploma Seni Reka Fesyen, Program Usahasama UiTM, pensyarah-pensyarah, pelajar-pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang Johor, pelajar-pelajar kolej dan orang-orang sekitar Nilai.