Pada 13 - 16 Mei 2016 yang lalu, Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara telah menganjurkan Sukan Kolej-kolej Bersekutu UiTM ( SUKOB) 2016 bertempat di Arau, Perlis.
Kolej Teknologi Timur bersama tujuh (7) kolej bersekutu yang lain telah bersama-sama menyertai acara yang diadakan secara dwi-tahunan ini. Antara pertandingan yang diadakan termasuklah badminton, futsal, bola jaring, bola tampar dan bola sepak.
 |
Kontigen Kolej Teknologi Timur |
Keseluruhannya, Kolej Teknologi Timur telah meraih tempat ke-empat dengan memenangi pingat emas dalam acara badminton perseorangan perempuan, pingat perak dalam acara futsal wanita dan pingat gangsa dalam acara bola jaring, bola tampar dan bola sepak. Majlis perasmian penutup dihadiri oleh Naib Canselor UiTM sendiri Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.
 |
Pasukan Futsal Wanita Kolej Teknologi Timur (hijau) bersama pasukan futsal wanita KPTM Bangi (hitam) |