Pada 20 Februari 2016 (Sabtu), Badan Perwakilan Pelajar (BPP) Program Kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terdiri daripada pelajar program Diploma Pembangunan Manusia (DPM) telah menganjurkan Program Jalinan Mesra yang bertempat di Wet World Air Panas Pedas Resort, Negeri Sembilan. Seramai 85 orang pelajar telah menyertai program ini yang juga merupakan acara tetap yang diadakan pada setiap semester. Banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Explorace, Team Building dan Telematch.
Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang berdaya kreatif serta mempunyai sikap toleransi dalam menghadapi cabaran. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir melalui aktiviti yang dijalankan di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar program kerjasama UPM.
Kumpulan 5 telah diumumkan sebagai juara keseluruhan untuk program ini dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Program UPM, Cik Noor Asiah Rashid dan turut dihadiri En. Mohd Zulakhmar Md Isa dan En. Wan Mohd Farhan Wan Zakaria selaku pegawai pengiring.