Pages

07 December 2015

KONVOKESYEN KE -12 KTT (5 DISEMBER 2015)

Tahniah KTT! Majlis Konvokesyen KTT yang ke-12 telah berlangsung pada Sabtu, 5 Disember 2015 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA. Majlis konvokesyen ini telah di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kolej Teknologi Timur yang di terajui oleh CEO, Datin Seri Datuk Hajah Norayini Ali dan turut di hadiri oleh Pengerusi KTT, Dato’ Sri Mohd Sarit Bin Hj Yusoh dan ahli-ahli lembaga pengarah KTT yang lain, wakil-wakil dari JPA, UPM, UTM, UiTM dan CUCMS serta Pengetua Kolej Mara Banting.

Seramai 302 graduan menerima diploma dan sijil dalam majlis tersebut. Penganugerahan di beri kepada pelajar-pelajar dari program kerjasama A-level Cambridge, UTM, UPM, UiTM dan juga pelajar dari program KTT sendiri. Anugerah Pelajar Cemerlang keseluruhan KTT telah di berikan kepada Nur Liaty Johor, pelajar dari program Diploma in Finance & Banking, KTT.

Berucap pada majlis konvokesyen tersebut, Dato’ Sri Ismail berkata “Dahulu ramai ibu bapa menganggap IPTS sebagai pilihan terakhir setelah rayuan ke university awam di tolak, scenario ini semakin berubah. Ibu bapa kini lebih mementingkan kursus yang di ambil berbanding dengan universiti atau kolej yang ingin dimasuki”.


Majlis berakhir pada jam 2 petang.
Bergambar bersama Dato' Menteri dan VIP.

Dato' Ismail Sabri berucap di majlis konvokesyen.


Bergambar bersama keluarga Pelajar Anugerah Cemerlang KTT, Nur Liaty Johor.
Pensyarah dan staff KTT tidak melepaskan peluang bergambar bersama Menteri.



Bergambar kenangan bersama Menteri dan VIP.

25 November 2015

TAHNIAH NURLIATY!!! KEJOHANAN SPEED POWER TAEKWONDO INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP 2015

Satu kejohanan Speed Power Taekwondo International Championship 2015 telah di adakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 20-22 November 2015. Antara negara yang menyertai kejohanan tersebut adalah Malaysia, Vietnam, Thailand, Singapore, Brunei, Nepal, Indonesia, India, Australia, Korea dan Bangladesh.
Pelajar dari Kolej Teknologi Timur antara yang menyertai pertandingan tersebut iaitu pelajar dari program dalaman KTT (Diploma in Finance Banking), Nurliaty Binti Johor. Nurliaty berjaya membawa pulang pingat gangsa. Seluruh warga KTT mengucapkan TAHNIAH kepada beliau.


Nurliaty berbaju biru


Tahniah Nurliaty!!
Pingat Gangsa


Nurliaty bersama HOP Internal Pn Aniza dan Penyelaras DFB Pn Rozzana



TAHNIAH!! KTT MENDAPAT PENGIKTIRAFAN 6 BINTANG DARI MYQUEST

Tahniah di ucapkan kepada warga Kolej Teknologi Timur kerana telah berjaya mendapat pengiktirafan 6 Bintang dari MyQuest. 
Majlis Penarafan MyQuest 2014/2015 telah di adakan pada 19 November 2015 di Hotel Istana Kuala Lumpur. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. 

Pengiktirafan ini merupakan penanda aras Kolej Teknologi Timur bahawa KTT juga mampu memberikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar. Usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi dari seluruh warga KTT membuah kan hasil yang sangat membanggakan. Sekali lagi, TAHNIAH KTT!! 

Kolej Teknologi Timur berjaya menggondol dua kategori iaitu kategori 'College Based' dan 'Cluster Based'.
Datuk Norayini, CEO KTT menerima anugerah dari Dato' Seri Idris Jusoh.

Bergambar kenangan bersama pegawai tinggi dari KTT
Datuk CEO bersama dengan presiden PKIBM dan pengarah-pengarah sektor IPTS dan CEO MQA. 


Barisan penerima anugerah MyQuest dari pelbagai kolej swasta lain.

Datuk Norayini bergambar bersama Dato' Idris Jusoh

11 September 2015

KEMPEN DERMA DARAH

Sebuah Kempen derma darah telah berlangsung di Main Hall Kolej Teknologi Timur pada hari Khamis, 3 September 2015. Kempen ini adalah anjuran Pusat Darah Negara dengan kerjasama Unit Pembangunan Manusia KTT.
Lebih kurang 120 unit darah telah berjaya di dermakan oleh pelajar-pelajat dan staff KTT. Ini merupakan kempen yang ke-2 di adakan di KTT pada tahun ini di mana kempen derma darah pertama telah berlangsung pada 28 januari 2015 juga kerjasama dari unit pembangunan manusia KTT.
Syabas di ucapkan kepada penganjur program dan mereka yang terlibat dalam kempen derma darah tersebut.
Beberapa gambar sekitar kempen derma darah berlangsung.








10 September 2015

CERAMAH PERDANA "Zina : Suka Membawa Duka"


Sebuah Program Ceramah Perdana telah berlangsung pada hari Rabu bersamaan 9 September 2015 bertempat di Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi. Ceramah yang bertajuk "Zina: Suka Membawa Duka" ini merupakan ceramah anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dengan kerjasama Kolej Teknologi Timur. Ceramah telah di sampaikan oleh Kapt (B) Ustaz Dato' Haji Mohd Najmuddin Bin Elias yang sebenarnya menggantikan adik beliau iaitu Datuk Ustaz Kazim Bin Elias kerana terdapat hal yang tidak dapat di elakkan.

Ceramah perdana ini telah di hadiri hampir keseluruhan warga KTT iaitu pelajar dan staff termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan sekitar. Sambutan amat menggalakkan kerana kerusi yang di sediakan penuh kemudian di tambah dengan tikar sebagai tempat duduk tambahan.

Ceramah yang bermula pada jam 2.00 petang ini berakhir pada jam 4.00 petang dan jamuan ringan di sediakan kepada semua tetamu yang hadir. Syabas di ucapkan kepada PAID dan KTT kerana telah menyediakan perkhidmatan yang terbaik sepanjang program berlangsung.

Program di adakan di Dewan Serbaguna, Bandar Baru Salak Tinggi

Datuk CEO dan Timbalan CEO bergambar bersama penceramah dan pengarah PAID.
Antara para hadirin yang hadir