Pages

14 June 2016

HALATUJU SELEPAS SPM

HALATUJU SELEPAS SPM

Tahniah kepada anda yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2015 yang lalu. Bagi yang kurang bernasib baik, "it's not the end of the world". Masih banyak lagi peluang-peluang yang disediakan oleh institut pengajian tinggi (IPT). 

Bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang banyak peluang-peluang belajar yang disediakan melalui program-program Matrikulasi/Asasi. Dari segi tajaan tidak menjadi masalah, di mana banyak tajaan dalam bentuk biasiswa yang disediakan oleh pihak Kerajaan, Government Link Company (GLC) mahupun pihak swasta. 

Baiklah, saya ingin memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang atau bahasa mudahnya cukup makan. Untuk makluman semua, sistem pendidikan di Malaysia, pelajar-pelajar lepasan SPM tidak boleh terus melanjutlkan pengajian di peringkat Ijazah pertama (Degree). Justeru itu anda perlu membina jambatan untuk sambung ke peringkat degree. Jambatan itu ialah program

  • Matrikulasi/Asasi 
  • Tingkatan 6 (STPM)
  • Foundation/ A Level/ IB/ pre university programmes
  • Diploma
Kaedah permohonan yang paling biasa dan mudah untuk memohon program-program di atas ialah melalui Unit Pusat Universiti (UPU). Tetapi pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, di mana ianya adalah keperluan minimum untuk layak memohon. TETAPI ANDA BELUM PASTI TERPILIH. KENAPA?

Ini kerana kaedah pemilihan adalah berdasarkan merit, iaitu 90% diambil dari keputusan akademik dan 10% dari penglibatan ko-kurikulum. Daripada markah tersebut, setiap pilihan anda akan diberikan merit. Anda akan ditawarkan tempat jika pilihan anda mendapat merit yang tinggi.

KENAPA SAYA TIDAK DAPAT TAWARAN UPU?

Nantikan jawapannya di post saya yang akan datang.

Semoga ketemu lagi.

Mohd Razib Muzaid
Pengalaman mengajar Matematik melebihi 23 tahun.

Sila lawat FB KTT :KTT(Kolej Teknologi Timur)

Untuk maklumat lanjut sila daftar di borang online KTT:
http://ktt2.edu.my/forms/pj/daftarspp.php



PROGRAM DIPLOMA UiTM, UPM DAN UTM


KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR DI KTT



SYARAT MINIMUM KEMASUKAN IALAH 3 KREDIT SAHAJA



AKTIVITI PELAJAR

Bengkel Blogspot KTT

Hari ini telah di adakan bengkel kemaskini blogspot KTT di Lab Komputer 4. Seramai 26 staff hadir ke bengkel tersebut terdiri daripada ketua program, penyelaras program dan HEP program.


Senarai Program UTM yang di tawarkan.

Ini adalah contoh senarai program UTM yang di tawarkan di Kolej Teknologi Timur. Sebanyak 5 program yang di tawarkan seperti:
  • Diploma Pengurusan Teknologi
  • Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
  • Diploma Pengurusan Harta Tanah
  • Diploma Ukur Bahan
  • Diploma Sains Komputer (Multimedia)

Senarai Program UTM yang di tawarkan
Ini adalah contoh senarai program UPM yang di tawarkan di Kolej Teknologi Timur. Sebanyak 2 program yang di tawarkan seperti:
  • Diploma Sains Komputer
  • Diploma Pembangunan Manusia
Diskaun

07 December 2015

KONVOKESYEN KE -12 KTT (5 DISEMBER 2015)

Tahniah KTT! Majlis Konvokesyen KTT yang ke-12 telah berlangsung pada Sabtu, 5 Disember 2015 bertempat di Hotel Sama-Sama, KLIA. Majlis konvokesyen ini telah di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kolej Teknologi Timur yang di terajui oleh CEO, Datin Seri Datuk Hajah Norayini Ali dan turut di hadiri oleh Pengerusi KTT, Dato’ Sri Mohd Sarit Bin Hj Yusoh dan ahli-ahli lembaga pengarah KTT yang lain, wakil-wakil dari JPA, UPM, UTM, UiTM dan CUCMS serta Pengetua Kolej Mara Banting.

Seramai 302 graduan menerima diploma dan sijil dalam majlis tersebut. Penganugerahan di beri kepada pelajar-pelajar dari program kerjasama A-level Cambridge, UTM, UPM, UiTM dan juga pelajar dari program KTT sendiri. Anugerah Pelajar Cemerlang keseluruhan KTT telah di berikan kepada Nur Liaty Johor, pelajar dari program Diploma in Finance & Banking, KTT.

Berucap pada majlis konvokesyen tersebut, Dato’ Sri Ismail berkata “Dahulu ramai ibu bapa menganggap IPTS sebagai pilihan terakhir setelah rayuan ke university awam di tolak, scenario ini semakin berubah. Ibu bapa kini lebih mementingkan kursus yang di ambil berbanding dengan universiti atau kolej yang ingin dimasuki”.


Majlis berakhir pada jam 2 petang.
Bergambar bersama Dato' Menteri dan VIP.

Dato' Ismail Sabri berucap di majlis konvokesyen.


Bergambar bersama keluarga Pelajar Anugerah Cemerlang KTT, Nur Liaty Johor.
Pensyarah dan staff KTT tidak melepaskan peluang bergambar bersama Menteri.



Bergambar kenangan bersama Menteri dan VIP.

25 November 2015

TAHNIAH NURLIATY!!! KEJOHANAN SPEED POWER TAEKWONDO INTERNATIONAL CHAMPIONSHIP 2015

Satu kejohanan Speed Power Taekwondo International Championship 2015 telah di adakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 20-22 November 2015. Antara negara yang menyertai kejohanan tersebut adalah Malaysia, Vietnam, Thailand, Singapore, Brunei, Nepal, Indonesia, India, Australia, Korea dan Bangladesh.
Pelajar dari Kolej Teknologi Timur antara yang menyertai pertandingan tersebut iaitu pelajar dari program dalaman KTT (Diploma in Finance Banking), Nurliaty Binti Johor. Nurliaty berjaya membawa pulang pingat gangsa. Seluruh warga KTT mengucapkan TAHNIAH kepada beliau.


Nurliaty berbaju biru


Tahniah Nurliaty!!
Pingat Gangsa


Nurliaty bersama HOP Internal Pn Aniza dan Penyelaras DFB Pn Rozzana