Graduation Dinner Class of May 2013 was held at Hotel Nilai Spring on May 2013. The best student for overall diploma program was Mohamad Hakim Bin Mohd Som. Congratulation Hakim! All the students had a memorable day. Wishing the students to achieve their dreams in the future.
Pages
20 July 2013
KTT TERPILIH SEBAGAI KOLEJ BURSARY KPM BAGI PROGRAM CAMBRIDGE A-LEVEL
Pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM Tahun 2012, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (bantuan kewangan) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.
Bursary (bantuan kewangan) meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan serta tempat/kursus bagi pelajar-pelajar cemerlang SPM mengikuti program-program persediaan di dalam negara yang disediakan oleh KPM.
Kolej Teknologi Timur (KTT) merupakan salah sebuah kolej yang terpilih sebagai sebagai Kolej Bursary bagi program Cambridge A Level.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Pn Rozila - 017-6285949 Pn Salina - 013-3466042
Pn Prema - 012-9809875 En Razib - 012-3620125
01 September 2011
ARWAH AYAH PENDORONG KEJAYAAN SAYA DI KTT!

Pelajar Diploma Teknologi Maklumat Kolej Teknologi Timur (KTT) pengambilan 2008, Nur Hidayah Binti Omar Sidek (21 tahun) di nobatkan Anugerah Terbaik Keseluruhan Program pada Majlis Konvokesyen ke-9 KTT dengan pencapaian CGPA keseluruhan 3.83.
“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, malah untuk arwah saya juga (Omar Sidek) kerana pada saat beliau masih ada, tak jemu-jemu mengajar saya dan berharap saya berjaya menamatkan pelajaran di KTT.
“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, malah untuk arwah saya juga (Omar Sidek) kerana pada saat beliau masih ada, tak jemu-jemu mengajar saya dan berharap saya berjaya menamatkan pelajaran di KTT.
“Saya masih ingat waktu pertama kali menjejaki KTT, dia yang bersusah payah mencari wang untuk menghantar saya ke sini dan ingin melihat saya menjadi pelajar terbaik KTT. Dia juga menyimpan hasrat untuk melihat saya berdiri di pentas konvokesyen ini.
“Tapi itu semua impian dua tahun lepas sebelum dia meninggal dunia. Ketika dia meninggal dunia, saya seperti putus harapan dan seperti tidak mahu lagi belajar di KTT. Tapi disebabkan dia pernah berpesan untuk saya menamatkan pelajaran disini dalam apa jua keadaan, saya kuatkan semangat untuk terus berjuang di KTT.
“Nasib saya baik, kerana kakitangan KTT dan pensyarah-pensyarah banyak menenangkan saya. Mereka banyak memberi bimbingan pada saya sehingga saya berjaya hari ini. Saya sangat berterima kasih kepada pihak KTT kerana merealisasikan impian saya dan arwah saya. Bagi saya KTT adalah tempat terbaik untuk sesiapa yang ingin belajar dan mencapai impian,” cerita anak gadis yang berasal dari Gombak Selangor ini. -KTT-
Subscribe to:
Posts (Atom)
